Latihan Keusahawanan – Modul 2 : Panduan Membangunkan Laman Web dan Blog
21 November 2014 | Aktiviti Terkini
- Mencipta akaun Google Mail (GMAIL) untuk syarikat/pernaigaan.
- Menerangkan kewujudan Pendrive atas talian iaitu Google Drive serta kegunaannya.
- Mempelajari cara membina Borang atas talian iaitu Google Form dan kepentingannya kepada usahawan cyber.
- Membina blog menggunakan "Blogger.com" dan mempelajari cara untuk memasukkan maklumat ke dalamnya.
PANDUAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB DAN BLOG DIKALANGAN USAHAWAN YANG TELAH BERDAFTAR DI PI DARO
20 Nov 2014, 2.00petang hingga 5.00petang Pusat Internet Daro telah melaksanakan Kursus Pembangunan Laman Web dan blog dikalangan bakal usahawan dan usahawan yang berminat dalam perniagaan online. Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pemilik-pemilik syarikat berdaftar dan para usahawan yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan. Tujuan Kursus ini dijalankan adalah untuk memudahkan para usahawan memasarkan produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka melalui Laman Web dan Blog. Perlaksanaan kursus ini dijalankan adalah untuk mencipta akaun Google Mail (GMAIL) untuk syarikat/pernaigaan,menerangkan kewujudan Pendrive atas talian iaitu Google Drive serta kegunaannya, mempelajari cara membina Borang atas talian iaitu Google Form dan kepentingannya kepada usahawan cyber dan membina blog menggunakan "Blogger.com" dan mempelajari cara untuk memasukkan maklumat ke dalamnya.
Kelebihan kursus ini dijalankan adalah untuk memudahkan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan dengan mempunyai laman web dan blog sendiri. Disamping itu memperlihatkan kreativiti para usahawan dalam memasarkan produk melalui atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: